♛ Tahniah Kelantan ! ♛

Assalamualaikum :)

agak kabur . google image sbb aku takde kat situ nk snap *errrrr

Alhamdulillah . Terima kasih ya Allah . Tahniah The Red Warriors ! Anda semua memang terbaik . Walaupun bukan 'sek' star , anda semua star di hati kami . Yeaaahhh ! kito monang kito monang , satu kosong senyum lebar ! hahaha .

Aku suka tengok game malam ni . Pasukan kelantan semangat gila² , and penyokong kelantan yang of coz semangat lebih . Sampaikan aku sendiri semangat berkobar kobar . Berdebar memang tak boleh nak cakap ape dah sepanjang perlawanan .

piyaaaaa ! *minat dia :*

Goollllllll ! Selepas masuk jer gol tu . Ya Allah , tak tahu nak cakap apa . Alhamdulillah . Syukur *lap air mata . Aku sendiri pun tak tahu kenapa tahun ni emosi sikit tengok bola . Tahun² sudah tak pulak macam ni . Alahai  . Tamat jer perlawanan , tengok pulak masa bagi piala tu . Just see their face yang happy , bangga dengan kelantan . Yeaahh . Feel proud of it :)

Malam ni tengok dengan umi and adik perempuan aku jer . Yang lain takde kat rumah . Pergi tengok dengan kawan lagi syok , maybe ? Takpe laaa . Yang penting umi and adik aku sporting . Jerit sampai rumah sebelah boleh dengar kot *harap x dengar la . heeee . And tak lupa jugak msg ngan kawan aku yang gila bola ni . Ain Husna . Dia pun teman aku tengok bola tadi , kutuk sesame , doa sesama , walaupun dalam msg . huhu .
Si dia ? Entah kemana . *semoga dia bahagia :') .

Apa pun .Tahniah jugak buat johor . and Semoga rakyat kelantan tak riak , jangan bash sesape , respect team johor . Kita pernah rasa kekalahan . Kecewa kan ? Sekarang time kita kat atas , kita menang , kita jangan la sombong , bercakap besar sangat , jangan hina team lain . Ingat masa kita kalah and orang bash kita . Kita marah and sakit hati kan . Orang lain pun macam tu la . Jadi , sesama la kita muhasabah diri yaa :) sek kito jange pecohh !

TAHNIAH THE RED WARRIORS ! ! TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH ! KEKAL DI KELANTAN ! AND TAHNIAH BADRI RADZI - pemain terbaik :) GOMO KELATE GOMO ! I LOVE KELANTAN  Eh lupa pulak . Tahniah jugak buat fakhri , dia main dengan cemerlang malam ni :) .

♥ END . Thanks sudi baca celoteh tasya ヅ meow meow ◕‿◕

7 nota kaki si comel :):

  1. Yeahhh! Gomo Kelate Gomo! ^^ Tahniah TRW!

    ReplyDelete
  2. thanks follow me. done follow u back. =)

    ReplyDelete
  3. Wah anak dara cik akak nie..hihi...
    Memang minat lah sangat...
    Tahniah ya...hihi

    ReplyDelete
  4. Salam.

    Mesti terjerit2 masa gol tu kan tasya,hahaha.

    Biasa lah tu, kitaorg kat sini pun, bukan takat rumah sblh dgr, rumah atas bawah dgr, duk flat kan,hahaha

    ReplyDelete