♛ Tahniah Kelantan ! ♛

Assalamualaikum :)

agak kabur . google image sbb aku takde kat situ nk snap *errrrr

Alhamdulillah . Terima kasih ya Allah . Tahniah The Red Warriors ! Anda semua memang terbaik . Walaupun bukan 'sek' star , anda semua star di hati kami . Yeaaahhh ! kito monang kito monang , satu kosong senyum lebar ! hahaha .

Aku suka tengok game malam ni . Pasukan kelantan semangat gila² , and penyokong kelantan yang of coz semangat lebih . Sampaikan aku sendiri semangat berkobar kobar . Berdebar memang tak boleh nak cakap ape dah sepanjang perlawanan .

piyaaaaa ! *minat dia :*

Goollllllll ! Selepas masuk jer gol tu . Ya Allah , tak tahu nak cakap apa . Alhamdulillah . Syukur *lap air mata . Aku sendiri pun tak tahu kenapa tahun ni emosi sikit tengok bola . Tahun² sudah tak pulak macam ni . Alahai  . Tamat jer perlawanan , tengok pulak masa bagi piala tu . Just see their face yang happy , bangga dengan kelantan . Yeaahh . Feel proud of it :)

Malam ni tengok dengan umi and adik perempuan aku jer . Yang lain takde kat rumah . Pergi tengok dengan kawan lagi syok , maybe ? Takpe laaa . Yang penting umi and adik aku sporting . Jerit sampai rumah sebelah boleh dengar kot *harap x dengar la . heeee . And tak lupa jugak msg ngan kawan aku yang gila bola ni . Ain Husna . Dia pun teman aku tengok bola tadi , kutuk sesame , doa sesama , walaupun dalam msg . huhu .
Si dia ? Entah kemana . *semoga dia bahagia :') .

Apa pun .Tahniah jugak buat johor . and Semoga rakyat kelantan tak riak , jangan bash sesape , respect team johor . Kita pernah rasa kekalahan . Kecewa kan ? Sekarang time kita kat atas , kita menang , kita jangan la sombong , bercakap besar sangat , jangan hina team lain . Ingat masa kita kalah and orang bash kita . Kita marah and sakit hati kan . Orang lain pun macam tu la . Jadi , sesama la kita muhasabah diri yaa :) sek kito jange pecohh !

TAHNIAH THE RED WARRIORS ! ! TAHNIAH TAHNIAH TAHNIAH ! KEKAL DI KELANTAN ! AND TAHNIAH BADRI RADZI - pemain terbaik :) GOMO KELATE GOMO ! I LOVE KELANTAN  Eh lupa pulak . Tahniah jugak buat fakhri , dia main dengan cemerlang malam ni :) .

♥ END . Thanks sudi baca celoteh tasya ヅ meow meow ◕‿◕

gomo kelate gomo !

Assalamualaikum :)


Jangan lupa tengok ! SABTU ! 29 jun 2013 ! 8.45 malam !  SEMOGA KELANTAN MENANG ! KEKAL ! *jerit kuat² . 


The red warriors is on fire ! Yeaaahhh ! *semangat ! Aku malas nak taip panjang lebar . Nanti melalut . hehe . Just watch this ! Aku Sukaaaa !


This is pantai timur !

GOMO KELATE GOMO ! 
MENE KALOH SUKU KIRO !
Menang kaloh aku tetap sokong Kelantan ! Semangat itu penting . Go kelantan go ! :)

♥ END . Thanks sudi baca celoteh tasya ヅ meow meow ◕‿◕

Alahai budak

Assalamualaikum :)

google image :/

Dah kau kenapa dik ? Perangai tu tak boleh nak control ke ? Dah takde rasa hormat eh ? 
Nak salah kan siapa ? Mak ayah ? Cikgu² ? Kawan² ? Tanya lah diri sendiri . Alahaii . Makin lama makin takde rasa hormat sesama manusia . Bila tegur , dia melawan . Bila marah , dia marah balik . Dah kau kenapa ? Dah sekolah menengah , umor tu bukan 7-8 tahun . Dah boleh pikir baik buruk *dah balikh dah pun -_-"  

Mencuri ? Kau tahu tak mencuri tu berdosa . Kalau lah hukum hudud terlaksana . Kau dah takde tangan lah dik . Di potong² nye tangan kau yang mencuri tu . Kau curi pulak makanan minuman . Then mesti lah masuk perut kan ? Berdosa kau dik . Makanan tu dah jadi haram untuk kau makan . Sebab kau mencuri .Dah tak berkat dah dik . HARAM dik HARAM ! *marah ni .

◕ Mood aku tak menentu . Nak marah jer . Sorryy *buat muka comel . Bukan nak menghina sesiapa or mana² pihak . Tapi fikir la . Sampai bila nak biar kan macam ni . Adik² , cuba la untuk berubah . Hormat menghormati *ok , yang ini untuk semua . PENTING . Ingat . Bukan kita jer ada perasaan nak marah . Orang lain pun boleh marah . Tuhan pun marah adik² sayang . Try la behave sikit perangai tu . Jangan sampai menyesal di kemudian hari . Nanti adik dah dapat balasan , baru adik tahu langit itu tinggi ke rendah .

#pemerhatian aku untk first n second day kerja .Sorry kalau entry aku ni menyinggung hati mana² pihak or terkasar bahasa . Try to be strong and sabar lagi . Yeaaahhhh ! :') 

♥ END . Thanks sudi baca celoteh tasya ヅ meow meow ◕‿◕

Back to work !

Assalamualaikum :)

Awak awak . Kite dah dapat kerja . Yey yeyyy ! *gedik mcm budak kecik mintak coki² . Setelah sebulan lebih menjadi suri rumah berjaya . I back to work ! Actually , umi yang suruh kerja . Ada la sebab² yang tertentu menyebabkan aku kene kerja . Umi suruh aku kerja dekat sekolah tempat dia mengajar . Jadi jurujual koperasi . Alaaa . Macam tak biasa , before pergi matrik pun aku kerja kat situ lah . So , aku terima jer la kerja tu . Boleh la tambah² duit buat belanja . hehe .

Esok dah sekolah , means , aku pun dah kene start kerja esok . Hummm . Bangun awal ? yeyeyyy . bangun awal . Yeeyyy *tak suka part ni jer sebenarnye . Haha .

Ni gambar mase aku kerja dulu . Nampak tak muka bosan tu ? -_-







♥ END . Thanks sudi baca celoteh tasya ヅ meow meow ◕‿◕

Done format :D

Assalamualaikum :)

Sejak kat matrik lagi phone aku buat hal . Starting tak boleh bukak 'market' , then tak boleh nak bluetooth pulak . Aisshhh . Sakit hati kita . Yang market tu aku boleh tahan a.k.a sabar la sikit kan . But tak boleh nak bergigi biru ? Ini dah melampau . Nak sharing sharing music , picturessss dengan member pun susah babe .Kadang² ada yang gelak kat aku sebab tak boleh nak bluetooth *korek tahi telinga . Benci . Hentak kaki . Urgghhh . Then small of matter , buat apa nak peduli . Biarkan la diorang . 

Haa . aku guna phone ni la . Xperia X8 . Ohh . Dengan duit ku sendiri , penat lelah ku . Aku mampu membeli nya . Huhu . Tak suka beban kan parents sebenarnye .Aku sabar kan hati sejak duk matrik . Nak baiki kat kedai . Makan duit laa . Aku tak suka *orang ckp aku kedekut kat diri sendiri (cite lain kali eh) .Aku biarkan jer la . Habis jer matrik . Abang aku pun cuti jugak . Dia pandai bab bab format ni *puji dia . Aku mintak la tolong dia format kan . 

Before format . Kene la save semua yang ada dalam phone tu . Aku starting dengan save number² yang ada . Then nota² ringkas yang ada and lastly gambar & lagu .Tak makan masa pun . Bukak jer komputer , taip jer dalam tu . Haha . Teknologi , tak payah pakai salin dengan kertas dah :) Abang aku amik phone aku , then dia format . Aku tengok la cara dia format . Dia just search google nak format macam mana . Then keluar la cara² dia . Just simple . Soooo simple .Tak sangka pulak se simple tu . urmmmm . Dah siap . Chek² . Semua dah ok . 'market' dah boleh guna , bluetooth pun dah boleh . Yeeeeyyy . Suka sangattt *save bajet . Haha .Thanks to him sebab tolong format kan . Sekarang boleh guna dengan selesa . Yeeaaahhh ^_^

SENYUM dengan bangga . haha :)

P/s : semua gambar tu di google .


♥ END . Thanks sudi baca celoteh tasya ヅ meow meow ◕‿◕

Jerawat oh Jerawat

Assalamualaikum :)

Hai kawan , Hai blogger , Hai stalker and Hai haters *aku ada haters ke ? erkkk  . Korang sihat kan ? Aku harap korang sihat la . In shaa Allah :) Malas nak membebel banyak² . Straight to the point . Straight ok , jangan belok belok *hempuk dengan bantal . Actually , sekarang makin panas kan ? Berbahang bahang * eerrkkkk . Sebab panas , kita akan mandi . Nak sejuk kan badan . Buttt , aku jarang mandi *mungkin ini penyebabnye -_- . Aku bukan tak suka mandi , tapi kalau aku mandi . Aku akan mandi lama² *ini membazir . Ok , aku dah belok belok . Errgghhhh .


Ok . see kat atas . Dahi ok dahi . Thatsss the jerawat . Mr.J .Actually ada lagi yg tersembunyi dek tudung , sooo , biarkan la . hehe . Kebanyakkan Mr.J aku suka sembunyi . Kat tepi² tu ada lagi ok . Its make me GERAM -_-"  Aku tak pakai krim , aku tak pakai pencuci muka . Sebab pengalaman menakutkan aku *yg ni aku cite lain kali . Jadi apa yg aku akan buat dekat Mr.J ni ? 


Tadaaaa .*pic tu bukan aku ya . Aku just picit² dia . Lepastu dia akan jadi luka then aku sapukan ubat luka la . Haha . Thats my way . Aku dah tak boleh pikir care lain dah . So sedih :( 


Bila dah marah sangat . Ini la jadi nyeee . Membebel di Facebooookk :) Haha . Mohon Mr.J cepat tinggalkan aku . Aku tak nak dia . wuwuuuu .Ok la . Done membebel . Thanks for reading sayanggg (╯3╰ )


♥ END . Thanks sudi baca celoteh tasya ヅ meow meow ◕‿◕

Result oh Result :')

Assalamualaikum :)

After a month (maybe) , It's time for the result ! ! ! I'm not ready yet actually :( Tapi nak buat macam mana . Masa dia dah sampai . Life must go on . 

Fact , sebenarnya result keluar 5/6/13 . Semua budak matrik berdebar nak tau result . Macam² status ada kat facebook tu . Aishhh . Sepatutnya , result dah boleh check pada pukol 10 pagi . Semua org bangun awal *haha . Aku just tunggu and wait kawan² aku msg tanya result #thats mean result dh boleh check# . Lain pulak yang aku dapat . Kawan aku kecoh result tak boleh check lagi . Then aku check la sendiri , memang tak boleh . Aku try tengok group kolej kat fb . Semua kecoh tak boleh check lagi . At the end , pihak matrik cakap ada masalah teknikal . Result boleh check esok a.k.a 6/6/13 *cuak jer baca .Haha . 

6/6/13 . Aku tak rasa pun nak check sebab macam dah tau result tak bagus , so aku golek² jer atas katil *jgn tiru aksi ini . Than kawan aku msg cakap dah boleh check , dia nak tahu result aku . Aku nak tak nak kene check jugak la kan . Tarikh upu pun dah nak tamat *sighhh . Aku check melalui msg jer . 

MOE MAK (ic) hantar ke 15888

Sudah di jangka and tidak dijangka . Subjek yang aku tak sure and tak yakin pun boleh A . Alhamdulillah . I got it . Walaupun result aku tak seberapa *mmg x seberapa actually :( . Aku bersyukur . Aku redha mungkin ini rezeki untuk aku .Segalanya sudah di rancang oleh Allah s.w.t . I have to accept it . Sebenarnya , ia dah cukup dgn usaha aku yang tak seberapa jugak *menyesal .

Tak molek buka pekung di dada . Aku just boleh share yang result aku suam suam kuku jer . Aku tak tahu umi dan abah sedih atau tak . Tapi diorang tak tunjuk . Just cakap , "susah nak apply u nanti" . Aku tahu diorang risau . SORRY :"(  At the end , diorang bagi aku semangat balik .At least ada peningkatan dari sem 1 kan . Thanks umi abah . I LOVE YOU :* .



Terima dengan redha . Aku percaya rezeki itu daripada Allah . Kalau kita berusaha and ada rezeki . Rezeki itu memang untuk kita . Rezeki bukan pada pointer kan ? Kadang² yang pointer tinggi pun belum tentu dapat kos yang diingin kan .  Mungkin ini ujian untuk aku supaya terus bersabar and terus berusaha . Ya . And this is my rezeki . Alhamdulillah .Terima kasih ya Allah untuk rezekiMu ini .

copy at google :)

♥ END . Thanks sudi baca celoteh tasya ヅ meow meow ◕‿◕

Temuduga terbaik ?

Assalamualaikum :)

Eh , dah jun la . Hai june , please be nice to me :) And bye² May , you have been sooo nice to me n i enjoy it . Thanks Allah :) Thanks for this enjoyable , Alhamdulillah .

OKAY . back too the tittle . Weh . Aku dapat temuduga UPSI . Upsi wa cakap luu . Nak jadi cikgu la katakan . auw auw ^_^ Impian umi aku , and aku harap aku mampu tunaikan :)

Interview aku tu pada 30 mei 2013 , khamis , jam 2 petang .Aku dapat kos pendidikan sains pertanian . Sehari sebelum interview tu baru aku buat research sikit about sains pertanian . Dengan pengalaman before masuk matrik , aku dapat interview dekat uitm , masa interview tu diorang tanya kenapa pilih kos tu . Aku tak dapat jawab . haha . Sebab tu la aku buat research sikit pasal sains pertanian . Aku baca punya baca , tak faham sangat . Aku suruh zudin fahamkan , dia pun tak faham . hehe .

Then bia jer la . Aku just baca sikit² . Masa interview tu aku tawakal jer . Apa nak jawab nanti , hentam jer la . Berusaha dah , tawakal jer la kan ? :) Abah aku cakap perjalanan nak pergi tempat interview tu amik masa setengah jam jer . Kitorang bertolak pukol 1 . Alahai , pukol 1.45 (maybe) baru sampai destinasi . Gila tak cuak . Aku dah berdebar gila . Aku bawak adik aku temankan . Lepas daftar , tunggu kejap jer . Then nama aku dah kene panggil . Berdebar siotttt .  Aku ingat interview sorang² , alih² 4 orang sekali . Aku tenang sikit kot sebab 4 orang sekali . ehehe

First , dia suruh perkenalkan diri . Brum brumm kitorang perkenalkan diri masing² . Lepastu prof tu tanya (prof yang interview tu dua orang , laki ) , "Lelaki lebih pandai daripada perempuan . Setuju atau tidak ? " . Ok , aku yang first kene bincang kan . Alhamdulillah dapat jawab dengan baik :) Then , dia tanya² lagi .
Antara soalan dia , "Berapa tarikh sambutan hari guru ? " , "Apa tema hari guru tahun ni ? " , and ada lagi la . Aku lupa dah . But , takda satu pun soalan about sains pertanian ? Prof just tanya , sanggup ke awak amik sains pertanian ni . kene duk bawah panas , tanam itu ini . Haha .what ? aku just jawab sanggup jer la .huhu .

Lepastu kan .The best part happen . Prof suruh kitorang nyanyi . NYANYI ok . Ni nak temuduga AF ke apa ? Lantak la . And once again , aku yang first ? arghh . Aku blur , kepala aku tak tau nak nyanyi apa . Mana la aku sempat nak sediakan lagu . huhu .Aku teringat lagu raya , aku cakap kat prof , boleh tak nak nyanyi lagu raya . Dia cakap jangannn . raya lambat lagi , puasa pun belom . Ok , satu bilik tu gelakkan aku -_- . Prof tu pun suruh calon yang lain dulu . Sorang nyanyi lagu "putih² melati " , "sayang" . Yang sorang lagi dia tak boleh nak nyanyi . tak biasa katanya . Dia orang kuantan , jadi prof tu pun suruh dia cerita dalam dailek kelantan . Sampai part aku balik . *gelabah lagi sekali . Tetiba aku rasa nak nyanyi lagu "1 Malaysia" . Haha . aku pun nyanyi la . *sumbang gila . Lastly , sebelom tamat interview tu . Prof tanya sorang² , ibu negeri bagi negeri tertentu apa kan . Ada yang dapat jawab , and ada yang tak leh . Prof tanya aku , ibu negeri bagi selangor apa . Ok aku merapu , sbb gelabah punya pasal . Aku jawab la Kuala Lumpur . Diorang gelakkan aku ? haha . malu gilaa . ishhh . 

Then aku balik . Aku search kat internet . Ibu negeri selangor , shah alam la . Hishhh . Malunye akuuuu -_-
Why aku cakap ni temuduga terbaik ? First sebab kene nyanyi (haha) , then sebab prof² tu baik gila and sporting gilaaa . Sukeee ^_^



♥ END . Thanks sudi baca celoteh tasya ヅ meow meow ◕‿◕